Ternakan Ikan Ketutu

Ikan Ketutu

Marbled goby atau lebih dikenali ikan ketutu, haruan bodoh, ikan ubi, ikan hantu, belantuk. Merupakan spesies ikan air tawar namun terdapat juga di kawasan air payau kebiasaan gemar tinggal di kawasan berlubang dengan persekitaran air berarus tenang dan sederhana. Bersifat karnivor iaitu memakan daging dengan memakan anakĀ² ikan kecil, udang, siput dan ketam kecil.

Ikan pemangsa ini kawasan seperti lubuk, lombong tinggal dan tasik terutama kawasan mempunyai kayu atau buluh bagi tujuan mencari makanan. Bersifat pendiam dengan aktif pada waktu malam atau keadaan gelap. Ketutu dapat mencapai pembesaran sehingga 50 cm atau 2kg dalam masa 2 tahun.

sistem-lubang.jpg

Sistem lubang yang digunakan dalam ternakan ikan ketutu

Sistem Ternakan

Ketutu diternak kerana permintaan tinggi terhadap rasa dagingnya yang manis, unik dan pejal terutamanya oleh masyarakat asia timur. Terdapat beberapa modul ternakan yang digunakan seperti

  • Ternakan kolam tanah
  • Tangki fiber glass
  • Tangki aquarium
  • Kolam konkrit

ketutu-tangki-aquarium.jpg

Ternakan ketutu dalam tangki aquarium bagi yang mempunyai kawasan yang terhad

Ternakan di dalam kolam tanah disyorkan dengan persekitaran kolam yang lebih menyamai habitat asal. Tangki fiber antara kaedah ternakan bagi yang mempunyai kawasan yang terhad. Sifat agresif ketutu ketika mengambil makanan mendatangkan masalah melalui kaedah ini terutamanya tangki fiber yang berbentuk segi mengakibatkan kecederaan pada mulut ketutu sekaligus membantut permakanannya.

Antara modul ternakan yang diguna pakai

  • Kapasiti kepadatan ternakan 16 ekor /kaki persegi
  • Pencahayaan samar-samar dengan penggunaan tumbuhan akuatik dan plastik hitam sebagai pelindung cahaya
  • Penyediaan sistem lubang menggunakan plastik paip pvc, konkrit atau batang buluh
  • Kedalaman air yang sesuai bagi pengekalkan suhu air dan mengejar anak ikan
  • Ternakan dapat dituai (800-1000gram/ekor) dalam tempoh < 18bulan
  • Kandungan oksigen terlarut DO > 5mg/l bagi memastikan kadar pembesaran

Makanan

  • Makanan ternakan terdiri daripada ikan kecil seperti gopy, anak tilapia
  • Daging ikan yang dipotong-potong

ketutu-mati.jpg
Pengetahuan terhadap diet permakanan yang sesuai faktor penting dalam kejayaan ternakan ketutu. Ketutu antara ikan yang air tawar yang mempunyai selera ‘pelik’, di mana ianya boleh berubah selera pada bila-bila masa terutamanya pada peringkat awal ternakan.

Bekalan anak benih

1. Bekalan benih liar iaitu anak ketutu yang ditangkap dari sungai, tasik dan lombong.

2. Pusat pembenihan yang menjalankan pembenihan ketutu.

Bekalan anak ketutu kebanyakkannya diperolehi dari sungai, tasik atau lombong disebabkan proses pembenihan ikan ini yang sukar. Penternak disyor menjalankan pembenihan sendiri bagi menjamin bekalan anak yang berterusan. Kaedah pembenihan semula jadi dengan formasi induk yang diguna dalam sistem pembenihan ketutu 3: 1 dan 1:2 iaitu 3 induk betina dengan 1 induk jantan diletakkan dalam kolam pembenihan. Kadar hidup anak ketutu yang rendah < 20% membantut usaha penternakan ketutu pada skala besar.

Ketutu antara spesies ikan air tawar yang mempunyai harga tinggi di pasaran, namun faktor kadar pembesaran yang lambat, sumber anak benih yang terhad dan diet pemakanan yang sukar merupakan cabaran yang besar terhadap usaha penternakan pada skala komersial.

About these ads

Komentar ditutup.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: