Makanan adalah elemen penting dalam bidang peternak samada ruminan atau akuakultur. Saban tahun kos makanan meningkat disebabkan pelbagai faktor namun harga jualan ternakan masih pada julat lama. Peternak akuakultur biasa menghadapi masalah dalam menyediakan makanan untuk ternakan. Kos makanan merangkumi 75% daripada kos keseluruhan. Ini agak membebankan peternak dan sebagai alternatifnya peternak haruslah menyediakan makanan sendiri bagi menampung dan mengurangi sedikit sebanyak beban.
Makanan yang diproses sendiri lebih baik mutunya berbanding makanan ternakan komersial tapi ini bergantung kepada kaedah dan bahan mentah yang digunakan. Peternak seharusnya ada pengetahuan asas mengenai anggaran kasar protein (crude protein) sesuatu bahan mentah contohnya serbuk ikan, kaca soya, PKC(palm kernel cake). Mungkin kita pernah mendengar 20% protein, 30% dan 42% protein atau lebih dikenali sebagai dedak no 1, 2 dan 3 sekiranya ke kedai, piawaian ini semua ditetap kan oleh pihak pengilang bagi memudahkan peternak.
Mesin pemprosesan makanan ikan
Proses penyediaan makanan melibatkan proses menghancur, mengandum, membentuk dan pengeringan. Kebiasanya semua proses ini dijalankan serentak di mana makanan yang dihasilkan akan terus diberi pada ternakan.