Kaedah pengemukan ketam

Dewasa ini di kita didedah dengan pelbagai teknik serta kaedah ternakan khususnya di dalam bidang aquakultur. Seiring dengan penemuan dan nilai tambah sesuatu produk yang boleh diketengah dan diterima oleh pengguna di pasaran. Selain ternakan ketam, kaedah pengemukan ketam nipah antara kaedah yang diguna pakai bagi menampung pemintaan pasaran. Berikut ialah intipati teknik pengemukan ketam nipah:

Tempoh ternakan :

2-3 bulan.

Anak ketam:

ketam bersaiz (8-10cm) lebar karapas.

Sumber anak ketam :

semulajadi dari kawasan pembiakan ketam

Kaedah ternakan:

anak ketam diletak dalam bekas khas (sekor/bekas). Makanan ikan baja diberi secara terus bagi menjamin kadar pembesaran ketam pada tahap optimum (2-3bulan) mengikut saiz pasaran.

Kelebihan:

ketam berkulit lembut dapat dituai daripada kaedah ini. Harga pasaran bagi ketam jenis ini lebih tinggi berbanding ketam biasa (kulit keras).

Kelebihan ternakan :

Pengurusan ternakan yang terurus dan berjadual.

Pasaran

Dijual secara borong kepada pemborong sedia ada. Permintaan yang tinggi bagi ketam ini terutamanya di sekitar Lembah Klang bagi memenuhi keperluan restoran makanan laut.

Kolam ternakan:

persisir pantai (kawasan paya bakau).

Keluasan :

2 ekar

Rekabentuk kolam :

parit digali mengelilingi kawasan ini bagi tujuan pengairan

Kaedah pengairan :

pasang surut air laut

Sumber : Aquatic Resources – Kuala Semerak, Kelantan.

Advertisement

Komentar ditutup.

%d bloggers like this: